mulo-mulo skali nak mitok maaf terutamanya pada adik aku iaitu mc kak..
yang kedua nak mitok copy gambar tu dulu sebelum mitok izin aku amik copy dulu
yang ketiga tolong kirim salam kat budok hok paling kecik sekali dalam gambar tuh.. tolong 'kekoh' bahu dio sikit!
jadi.. inilah gambar yang aku janjikan pada entry yang lepas... berbaju sedondon dan bertudung 'melah' sedondon yang hasil air tangan sendiri..kasut jer lain-lain atas kemampuan masing-masing... hah kat sini aku nak buat ucapan gak...nok mitok maaf pada kakak aku ruzila sebab bayar duit baju lambat..kah kah kah.. kena marah dulu baru nak bayar.. maaflah deh.. kami memang suka menyusahkan kekanda ruzila... time nak beli manis jer mulut.. time nak bayar masam jer muka.. mitok maaf sekali lagi dengan ucapan : terima kasih daun keladi, lepas ni nak hutang lagi.

kami berempat. dari kiri mc kak, aku, budak pengacau, mok ani, maksu
....baju sapo pulok belakang tu..time raya ni kelantan tersangatlah panasnya.. matahari sinar memancarkan cahayanya.. jadi kat rumah mana-mana pon banyaklah baju yang tersidai di ampaian, termasuklah rumah arwah hj.kasim.

kami berlima, dari kiri : mok ani, mc kak, kak zah (SIL), mak su n aku
... cuba perhati sikit kat belakang tuh.. permintaan akhir bapa aku supaya belikan jalur gemilang untuk beliau.. beliau nak gantung kat rumah.. jadi masa tu pok din(masa tu kami tak kawen lagi) yang membeli dan mengeposnya ke kampung... suka sangat dia bila dapat bendera tuh.. lepas bulan Ogoq, beliau akan lipat kemas elok dan disimpan dengan baiknya. tapi sekarang adikku sentiasa menggantungkannya.. mungkin dah agak lusuh dah warnanya.. yerlah arwah pun genap 3 tahun meninggalkami kami didunia fana ini.. alfatihah untuk arwah.

percaya tak..? cantikkan pemandangan ini.. hijau jer.. dikelilingi oleh pokok kelapa n pokok pinang.. ini adalah kawsan tepi rumah Arwah hj.kasim. dulu-dulu tempat nilah ibu bapa aku bercucuk tanam.. kat sinilah ditanamnya tembikai, jagung, cili, ubi keling...tapi sekarang mak aku dah tak bercucuk tanam daa... umur dah semakin tua. dan tempat ni juga temapat kami bermain.. tempatnya agak luas.. boleh jadi padang.. berlari sana sini.

ok semua!!!! masing-masing angkat tangan.. Pok jaih cepat sikit amik gambar kami..addin tu silap posing.. ada ker tengok moksu wat camne.. mak su lak terlindung sikit..sepatutnya maksu dok port lain sikit..jurugambar (dipaksa ok) pon tidak mengarah dengan baik masa tu.. aku suka gambar ini!

ok next pegang pinggang n kepala pusing sikit.. yang tak mendengar arahan kat sini adalah mckak, budak pengacau n kak zah.. kah kah kah kah.. tengok budak pengacau tuh.. sekali lagi dok pandang maksu.. "acu acu acu naaak waaat acam ana..?"
jadi ... sekian sahajalah laporan kali ini. kita jumpa dilain siaran pulak.